Monday 11 November 2013

Cerita ceritu Bisnes - CDM, GLAM AND GLAM EXPANSION

Hi olls,

ni kali kedua i taip tau, cuba untuk mengingat kembali apa yang ditaip tadi,kalu ada error typing paham-paham lah ye...yang td tetiba tak leh nak save and tak de line...
hurhhhhhhhhhhhhhhhhhh...... *amik nafas panjangggggg

Pada sabtu lepas berlangsungnya Majlis Ulang Tahun syarikat yang ke 21, bertempat di MIECC, tapi saya sangat-sangat kuciwa cos tak dapat join, ada Ihtifal sekolah anak, so tanamkan impian untuk join next year, tambah teruja bila GLAM sendiri anjurkan dinner untuk business partnernya..sangat happening  u olls,siap ada best dress lagi...huwaaaa....tahun depan ye..!!!

Sebenarnya saya join business ni kerana saya nampak banyak sangat peluang yang ada terutamanya bab duit la kan a.k.a income tebal ( 5,6 angka olls....) nok ke idokk??apa tak nye awal-awal join first bonus is RM 4500..besar tak??lebih dari gaji hakiki tauuu....untuk masa sekarang ni saya hanya buat time olls, in shaa allah soon akan fulltime. Saya sedaya upaya untuk mengubah family kami ke arah yang lebih baik..terutamanya pada my mum and my son.Nak balas jasa umi kerana tanpa Umi dan Arwah Ba saya tiada di dunia ni. Sedih kerana tak sempat nak balas jasa ayahanda tercinta, dan harap dia akan bangga dengan anaknya ini...rindu arwah..al fatihah. Nak bagi Umi rasa senang,nak gembira kan hatinya. nak bawak dia jalan-jalan oversea jugak cos saya tahu Umi suka sangat jalan-jalan. In shaa allah. 

For my son saya nak bagi pendidikan yang terbaik untuknya. Kerana saya percaya tempat belajar juga salah satu faktor kejayaan. Kalu kita tengok or compare student dari MRSM dengan sekolah biasa mana lagi bagus dan banyak peluang untuk berjaya??of course la MRSM kan??cos sistem belajar depa lain, usaha cikgu pun triple dari cikgu sekolah biasa cos standard depa tinggi kan, mesti la 200% kejayaan. ( matilah ckgu marah kat i...) dan boleh juga kita compare lepasan local Uni  dengan oversea Uni , dah tentu-tentu lah Uni Oversea akan lebih banyak peluang kerja pun best-best kan?? bukan saya nak kata sek biasa or local Uni tak bagus, tak de yang berjaya...ada..!!ada yang berjaya pegang jawatan tinggi pun,ada yang lepasan PMR pun boleh berjaya kerana rezeki Allah untuk semua kan..tapi kat sini saya nak luaskan minda sikit saya nak tekankan kat sini adalah PELUANG..!!diulang PELUANG..lepasan oversea and MRSM lebih besar peluang yang mereka ada jika dibandingkan dengan U and sekolah biasa. As simple as kalu anak orang kaya dengan anak orang biasa..yang banyak peluang adalah anak orang kaya tinggal lagi depa ni nak dengan tak je..setuju tak??peluang ada disekeliling mereka, nak keje siap orang offer lagi,nak bisnes modal dah ada...bagi  kita orang biasa ni nak senang and nak kaya memang boleeh tapi kita kena usaha 200% dari mereka...betul tak..??

Satu lagi yang tak boleh blah dengan bisnes ni adalah FOC OVERSEA TRIP olls...!!memandangkan daku yang suka sangat berjalan-jalan ni, memang kena laa...itu lah yang buatkan saya bulat hati dengan bisnes ni...apa yang free nye????tidak dinafikan lagi memang semuanya free la noks..Hotel free, 5stars lagi boleh bawak pasangan olls..tiket free, makan 5kali sehari pun free, makanan best-best dan special olls, and of course HALAL food la kan( tu semua company yang sediakan,survey dulu)..kalu ada teampark yang berbayar pun boleh masuk free tak yah la nak sediakan duit tiket masuk and beratur kaunter bagai...hari tu trip london naik eurostar pun free ( diorang tak sempat naik due to cuaca yg tk mengizinkan, nak cete semua free je) dapat extand day pun free...dokumen segala macam form kena isi tu pun company yang bereskan tinggal lagi kite je untuk sign...FREE olls..  kita pegi sana memang untuk berjimba-jimba shopping and lompat-lompat bagai, releasee tention olls...best ke idok?????

Selain dari itu of course la target saya adalah tabungan kan, yuppp tabungan masa bersara nanti..ingat dengan zaman maju akan datang duit KWSP ada dalam 100k akan cukup untuk menampung hidup kita 20thn lagi ( sumber dari KWSP, menganggarkan wanita akan hidup 20thn lagi selepas umur bersara). Maklum la gaji kecik je kan so anggaran 100k je la tu pun dah rasa cam banyakkkk gileee..RM100 k, cukup ke olls??tu kalu bajet2 makan sahaja boleh la kot, buatnya kite sakit ke kan..nauzubillah la kan,mintak sihat la...tu tidak termasuk lagi dapat duit pencen nak pegi haji la,nak besarkan dapur la, nak merasa naik kereta besau la..anak nak kawin pun kena tanggung gak, camanooo????so semua tu saya dah fikir..memang kena buat sesuatu masa umur muda dan sihat lagi ni...cayok,cayok..

Itulah yang menariknya business kami...banyak lagi sebenarnya tapi u olls bacalah entry saya yang lain k...huwahuawaaaaaa.....So dari situ saya kuatkan semangat, 7 kali jatuh 8kali saya bangun...biasa la dalam bisnes ni ada turun naiknya kan..ada masa kita rajin kite buat ada masa ke laut gak kan...tapi apa yang best bisnes ni adalah MENTOR yang membangunkan kite..tanpa jemu...thanks to my mentor SHA KHALID yang banyak membantu dan pimpin tangan saya dari hari pertama join bis sampai la sekarang. Alhamdulillah juga diberikan peluang untuk berada dalam group yang sangat berpengaruh dan selalu diberi keutamaan oleh company iaitu  Green Leaders Academy Malaysia ( GLAM )... glam gituww...

Apa yang saya bangga sangat dengan glam ni adalah kekuatan pada akar umbinya dan juga strategi-strategi yang digunakan..Mereka ( glam council ) sangat aktif mencari peluang untuk memajukan kumpulan..salute sangat....

Dan antara yang boleh dibanggakan adalah :

1- Barisan pimpinan CDM 
  • CDM Hanis Haizi
  • CDM Razali Zain
  • CDM Maisarah 
  • CDM Sha Khalid
  • CDM Adibah Karimah
  • CDM Naa Kamarudin
  • CDM Fazi
  • CDM Shaliza 
  • CDM Nurul Aini 
  • CDM Roslida
  • CDM Mursyida
  • CDM Syukran Helmi
  • CDM Naemah
barisan CDM's..ada yang tak de dalam pic..
pic credit to CDM Adibah...


tengok ramai tak pemimpin kami...masihkan kau ragu kawan-kawanku sekalian...diorang ni semua lebih kurang 2tahun bergiat dalam bis ni, income dah dekat 6angka ( #1,2,3 dah cecah 300k sebulan ),melancong free tok sah kata ah...dah lebih 10negara dah..

2- GLAM - tempat untuk menimba ilmu bisnes dan berkongsi idea
  • GLAM  TTDI ( center of knowledge )
  • GLAM Johor
  • GLAM Utara
  • GLAM Terengganu
  • GLAM Kelantan
  • GLAM Sabah
  • GLAM Sarawak 
so dekat ke idok dengan tempat olls???rasa tiada alasan lagi untuk kata tidak pandai,xde ilmu,malu,tk reti cakap..semua akan diajar dari segi produk,grooming, leadership,motivasi tec...

3- GLAM EXPANSION
  • GLAM Singapore
  • GLAM Brunei
  • GLAM Qatar
  • GLAM Indonesia
Glam bergerak dengan aktif sekali untuk melebarkan sayap...terbuka pada semua dimana-mana sahaja..so apa tunggu lagi rakyat malaysia..?? 


Peluang masih lagi terbuka untuk sape-sape yang berminat untuk join bis tidak kira dimana anda berada cos business ni kami jalankan secara ON LINE ( FB, Insta, Blog ) senang kan??so no limited time dan jarak.

Jom jadi business partner saya with the correct and continues guidance. in shaa allah kita buat sama-sama dan berjaya sama-sama. 

love,
Hayati Hamid 
0190-979 6990 ( sms/whassapp )



Tuesday 29 October 2013

Kekuatan GLAM ( Expansion dan Team Work )


Hi olls,

Semangat membara nak cerita pasal our business group ni, Green Leaders Academy Malaysia or nama glamornye GLAM. Bersesuaian lah dengan nama memang kami adalah group yang terkenal dan terbesar dalam business Hai O. Kami lah juga yang paling happening,semangat dan yang paling best ada mentor yang berjiwa kental dan kreatif dalam mengembangkan rangkaian group kami. Thanks pada CDM Hanis Haizi, CDM Razali Zan, CDM Sha Khalid dan ramai lagi.

Mentor-mentor ni bekerja bersama-sama kami tanpa mengira penat tidak jemu membimbing kami untuk mencapai kejayaan seperti mereka juga. Saya amat bertuah kerana dipertemukan dengan peluang bisnes ini. 

For now kekuatan kami ada diseluruh Malaysia ( Sabah & Sarawak ), Brunei, Singapore, Qatar..GLAM bergiat aktif memberikan ilmu yang berguna untuk diguna pakai dalam bisnes, kerana tanpa ilmu bisnes tidak akan menjadi. Inilah kekuatan kami, GLAM expansion juga team work dari semua CDM GLAM yang ada..

Ok ini saya amik dari blog Hanis Haizi : 




Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT, dipermudahkan dan murahkan rezeki dan sentiasa beri kesihatan kepada kami semua.

Alhamdullilah last week our GLAM Expansion or #glamutara berlangsung di Penang seperti biasa, Cdm yang bertugas ialah CDM Shaliza, CDM Maisarah dan CDM Razali.

A week before that we had our #glamsabah CDM Maisarah, CDM Shaliza dan CDM Hanis (me) bertugas di Sabah untuk turunkan Ilmu.

And for this week

Monday- #glamterengganu di ketuai oleh CDM tuan rumah 
                sendiri CDM Roslida dari Terengganu
Selasa - -#glamkelantan CDM Shakhalid dan CDM Syida akan     
               bertanggung jawab sampaikan ilmu 
            - #glamjohor CDM Razali, CDM Maisarah dan CDM     
                Faziha akan berada di Johor Bharu.

And this week I will be going to Brunei to help my business partners di sana. So orang Brunei please contact me!

Kekuatan GLAM bukan terletak pada individu, tetapi hasil gabungan kerjasama yang hebat yang kami praktikan sejak dulu lagi yang dapat membawa kami ketahap hari ini. Sepakat membawa berkat. 

Our team work make the dream work! Kalau kita fikirkan diri kita seorang sahaja, kita tidak cukup hebat. Hebat kita sebab kumpulan kita. 

I'm very happy and blessed to have business partners that always committed and stay TRUE together that is more important. Our dreams are bigger than our fears, we want to make this happen! Since GLAM is the NO 1 PIONEER in SOCIAL MEDIA MARKETING and the only TEAM in MALAYSIA so far that already penetrate international market!!

Kudos to the team!!! We are the winning team! Kami tidak berkira kerja, tenaga dan masa. 

Satu Hati Semakin Kedepan!



Kenapa saya buat entry ini??

Becos saya bangga dengan group bisnes ni, CDMs semua bersemangat untuk bagi yang terbaik kepada semua bisnes partner tidak mengira siapa, janji berkehendak dan rajin kerana dalam bisnes ni, kami mengamalkan lead and manage jadi semua aspek kena amik kira dan seharusnya lah di train tidak hanya pasal produk semata tapi ianya meliputi leadership, keterampilan,time management and cara untuk menggunakan social juga. Kepada yang tidak tahu or tiada ilmu bisnes pun boleh join jangan risau semua akan diajar dari 0 tau...dan yang penting free of charge tau..!!!GLAM berada diseluruh Malaysia, GLAM Terengganu, GLAM Kelantan, GLAM Utara, GLAM Johor, GLAM Sabah, GLAM Sarawak so apa tunggu lagi guys, wake and start your first step to change now...!!!!!



yes we're everywhere..!!!!



credit to CDM Hanis Haizi..


Tuesday 22 October 2013

Corat-coret Aidil Adha 2013

Hi olls,

Salam Aidiladha semua ( walau pun dah basi kan...)

Camana dengan sambutan Aidiladha anda?? as usual kalu di Kelantan or pantai timur memang la meriah..tiap-tiap ( sampai raya ke 3)  hari ada korban dan yang paling best, acara korban dibuat dirumah-rumah jadi sambil menjalankan ibadah korban, boleh la ziarah sekali, dan yang acara makan tu sudah semestinya laa...Dan amalan yang selalu dibuat adalah buat untuk keluarga, maksudnya satu lembu tu dipenuhkan untuk adik beradik dan sedara terdekat seperti mak sedara, sepupu dan yang balancetu baru dibuka pada jiran kepada jirn-jiran. So mostly memang meriah sanagt-sangat cos semuanya berkumpul, berkerjasama melapah lembu bagi kaum lelaki dan kaum ibu-ibu berchit chat sambil potong bawang dsb. Paling enjoy kanak-kanak terutama yang duduk kat bandar yang jakun tengok lembu..heheeee....



So kita biarkan gambar berbicara...



Raya pertama

 ayesh and khaliff


ayesh and mama


my beloved son


ditempat korban rumah sedara belah arwah Ba





 tengah boring baru lepas potong bawang

 penat menunggu balik rumah dulu 
dan ber camhoring di dapur Umi


 dah panas buka baju dan 
keboringan sorang-sorang kat rumah


After zohor baru la Umi bawak balik daging untuk sesi penyiagan plak untuk masak makan-makan esok. Gambar tak sempat di snap cos memang 'khusyuk ngadap daging'. And satu kejadian yang mengejutkan membuatkan Umi hampir pengsan hari tu adalah terserempak dengan snake. Rasanya cam tedung,tapi umi kata ular senduk, sorry tak nak letak gambar cos saya sendiri tak leh tengok.. tengah taip pun meremang-remang dah ni...ok abaikan gambar 'tetamu yang tak diundang' itu.


ni pulun bahagian malam..
persediaan membuat sup tulang


Raya ke 2

 ni la pabila duk dikampung...
macam-macam mainan traditional ada..uhuhuhkkk..
ni aktiviti tangkap lalat bersama sepupu-sepupu...

gambar makanan and orang datang pun tak teringat nak snap..sebok ke malas..uhhuuhuhkkk...ruginya laa...

tu dia setelah penat bermain, rest kejap sementara tak de orang datang...


 Abe..anak sedara sulung ku...darjah 6 baru habis UPSR


 Abe ngoh, darjah 4


 abe chik darjah 1, nakal dia lebih sikit dari 
abang-abang manja pun boleh tahan


 baby sekarang dah naik pangkat jadi abe b..

 Al amin yang comel suka senyum







Raya ke 3

Keesokan harinya budak-budak ni dari pagi lagi dah ajak Chik ( saya la tue ) pegi pantai....ok la sementara tunggu petang diorang buatla aktiviti sendiri dulu...

 tu dia bersusun-susun...


 abe baru belajar naik motor..
ntah berapa kali jatuh daa....


 woo besarnya sotong...uhuhuhkkk

 tuan blog daa...........





Biasa kalu kitorang pegi ke pantai memang diorang akan mandi, tapi kali ni saya tak bagi mandi, cos angin kuat sangat, maklum la dah nak masuk musim tengkujuh a.k.a musim bah..jadi semua dah frust macam-macam cara dah buat nak suruh chik kata yes..but i still said NO...so diorang dah bosan tak sampai sejam pun kat pantai terus ajak balik...dan sampai je rumah...tadaaaaaaa...!!!


*



*


*



*


*

 mandi kolam.. lepas gian..hahahahaa


 kali ni 4 orang sahaja, cos abe dah ada hobi baru ( tunggang motor )...
layan kan je laa...


peace yoo...


Raya 4

dah nak balik Kemaman...
Yang paling memberontak ayesh la,bangun pagi dah nangis cos mama kejut cakap nak balik kemaman, terus mintak extand cuti nak 9hari...tak puas lagi, tapi betul la tiap kali balik kampung anak la yang paling suka cos boleh main sepuas hati ngan sepupu-sepupu tanpa halangan, nak main tengah hari buta pun mama biar kan je laa...ye la sekali sekali balik bagi la dia bebas meneroka suasana kampung..masuk la cerok rok mana nak masuk, guling la nak guling pun mama malas nak larang....tapi camana pun kena jugak balik kemaman tempat aku mencari rezeki...uhuhuhkkk...

dan diakhiri dengan 

*


*


*



*

us...







































Thursday 10 October 2013

I am searching for new protege.



Hi olls 
 
If you are:-

- Hardworking
- Determine
- Need money
- need extra income
- Want to run own business
- Fed up with current job
- Want to spend more time with family
- Love to travel ( f.o.c tau...!! )
- free from debt


 
 
What we offer:-

 5 figure income every month
- Stress free
- Freedom of time
- Work from home
- 3 times FOC trip overseas every year
- Lifetime Car Fund
- Guidance from a-z
- Fun and dedicated team


Contact me call/sms/whatssapp 
Hayati Hamid
019-979 6990
 email pun boleh
yatdhamid@gmail.com

Sunday 29 September 2013

Kisah Anak #FarisZafran

Hi olls,

Rasanya dah lama tak tulis cerita pasal my beloved son. Banyak kesah sebenarnya yang terjadi tapi yang mahu ditulis hari ini adalah kisah yang menerujakan cum mengejutkan mummy :



KISAH 1 # Orang ( bangla ) datang mintak sedekah kat rumah



Pada suatu weekend, saya berada di laman dapur membelek2 tanaman,membaja, tambah tanah dan cabut rumput-rumput liar sambil amik angin, cos kat laman dapur tu memang best anginye..berangin cam duduk kat tepi pantai. Memang tak dengar la ada orang panggil. Tetiba dengan tercunggap-cunggap anakanda masuk tanya,



ayesh : mama tak nampak ke orang datang tadi??

mama: sape??mana la mama nampak mama kan kat belakang
ayesh : 'tamil' ( bangla )
mama : kenapa??ada lagi ke kat luar?? ( sambil bangun dan basuh tangan cepat-cepat kuar ke depan, ingatkan orang datang nak baiki sinki dapur..)
ayesh : orang tu datang nak mintak duit ( mintak sedekah ) la ma...
mama : lahhhhh, ingtkan siapa la tadi...
ayesh : mai cepat duit rm1, ayesh nak anto ke dia......!!kesian ke dia dia mari dengan kaki ( jalan kaki la tu...)
mama : tak payah la dia kan dah pegi...
ayesh : tak apa biar ayesh kejar dia..


sambil berlari amik duit ngan mama cepat2 keluar kejar mat bangla tu....



~ memang sudah diasuh untuk sentiasa bagi sedekah,biar pun sedikit tapi dalaman si kecik harus dididik dari kecil lagi...




KISAH 2 # Terkantoi amik 2 keping note RM50 untuk beli mainan



Ini merupakan kisah yang menaikkan kemarahan mama to the max. Saya ni memang biasa  suruh dia amik sendiri duit dari dalam purse untuk beli aiskrim, itu pun sekiranya saya tidak sediakan dari awal. Biasa saya akan letak duit rm 1, dua or 3keping atas meja solek untuk dia beli aiskrim sendiri.
Suatu petang tu, sebenarnya kami dah dari taman,memang saya bawak duit just prepared kot la aiskrim lalu masa kat taman tu so tak payah la berkejar masuk rumah amik duit kan. Jadi around 6.30ptg cam tu dia sebok nak balik dan sebelum sampai rumah dah beli air jagung. ok la..

Sampai je rumah dia nak pergi lagi taman so saya pun biarkan dia pergi sendiri, saya tunggu depan laman sahaja. dalam 5 minit gitu dia balik then asked me dia nak masuk rumah nak amik mainan B-Daman, siap pesan mama tak payah masuk..pada fikiran saya memang dia nak amik mainan la ( mungkin dia takut saya marah tu pasal tak bagi masuk ) dia siap kunci pintu lagi...saya duduk dibangku batu membelakangi pintu rumah ngadap phone, dalam pada tu terdengar dia kata, 'hurrghhhh dah selesai'..ingatkan apa la kan...tak tengok pun kat dia...dia jalan ke depan sikit dari saya nak dekat sampai pagar tetiba sekeping note RM50 jatuh ( mungkin dia sepit kat getah seluar, cos masa tu dia pakai seluar tak ada poket ).. apa lagi terkejut beruk la saya kan...terus tanya dari mana duit tu???tangan cepat je tarik terus masuk dalam rumah, tengok ada satu keping lagi jatuh kat depan pintu rumah. Apa lagi berang la mama sambil tanya duit sapa...mula ingat dia amik yang member dia ( ada budak cina, yang selalu bawak mainan B-Daman ), terus masuk bilik cek purse, tengok duit yang lain bersepah dah...memang sah dari purse mama...Memang kena la sekali hanger kat betis..memang hilang sabar dan sebagai pengajaran jugak..after solat maghrib lepas makan saya tanya elok-elok and asked him to promise jangan buat lagi macam tu.. Yang peliknya biasa dia akan amik duit rm1 je..padahal ada duit rm10,rm5 dalam tu.. dalam fikiran ni mesti kawan ( cina ) tu bagitahu harga maianan tu rm50...perasaan memang takut tak tahu kenapa..!!!


KISAH 3 #Bawak balik kawan ke rumah



Tak tahu la samada baik ke tidak...actually saya memang suka dia berkawan, tapi entah kenapa kawan yang dia bawak balik kali ni memang rasa cam tidak berkenan. Ayesh ni dia suka berkawan, dan kalu boleh  sesiapa datang rumah tu dia tak bagi balik dan suruh tido sini. Kalu anak jiran-jiran yang saya kenal saya tak kesah pun dia nak bawak masuk rumah, tapi tetiba je bawak kawan yang dia jumpe kat taman yang saya tidak tahu pun rumah dia kat mana.Alih-alih dari dalam bilik saya dengar dia kata, masuk la  pastu dia siap mai tanya saya boleh tak ayesh ajak kawan ayesh masuk, saya ingatkan hakimi dan haziq ( anak-anak jiran sebelah ), saya kata masuk la...terus je masuk then budak tu suruh my son buka TV pastu terus conqured remote tv tukar-tukar siaran..pastu ayesh masuk bilik nak amik mainan, budak tu pun ikut gak..at first saya letak la kuih and air suruh dia makan so dia makan..ayesh ke dapur dia pun sebok ke dapur, memang ke hulur ke hilir la dok ikut my son....pastu bila saya tanya-tanya dia cam melilau je mata..hah yang ni memang saya dah start tak senang....pastu dia dok intai2 ada tab kat bilik...lagi la tak berapa suka...Malam tu start la mama tazkirah ayesh, jangan bawa kawan-kawan yang mama tak kenal masuk rumah..!!!



KISAH 4 # Mat bangla offer duit RM2



Kawasan perumahan yang boleh dikatakan agak baru,since saya baru je duduk bulan 4 hari tu jadi  memang ada mat bangla yang selalu lalu lalang cos ada lagi satu perumahan yang masih lagi under construction, event selang seblok sama derek ngan rumah saya tu ada sebuah rumah khas untuk diorang duduk. Ayesh ni keluar main sorang-sorang pada hari tu, cos anak-anak jiran kebetulan tak keluar dan yang seorang lagi balik kampung kot. Saya ada kat port saya ( kerusi batu ) sambil ngadap tab ( online FB ), malas nak layan dia main, nampak la dia main basikal pegi ke belakang rumah.

Tetiba dia mai bagitahu :


ayesh : mama ada orang bagi duit kat ayesh

mama : hah..??kenapa??buat apa??amik tak??
ayesh : 'tamil'...tu ada kat belakang pakai baju kuning...tak tahu la dia panggil ayesh, pastu dia tunjuk duit rm1 dua keping...dia suruh amik
mama : ayesh amik tak??
ayesh : tak amik pun..boleh ke amik mama...??
mama: ehh jangan amik...sesapa bagi duit jangan sesekali amik..bla,blaaa blaaaa...( bebelan sudah bermula) 
ayesh : pastu dia kata 'tampar'
mama : dah nape plok nak tampar plok, dia suruh ayesh tampar dia ke or dia nak tampar ayesh....* dah mula confused *
ayesh : tak tahu la mama...


sekali ligat la otak mama nak relate perkataan 'tampar' tu dengan kejadian..uhuhuhkkk...puas pikir ooooo rupanya 'tak apa'.....



mama : bukan tampar la sayang, tak apa laaa...



hadoii macam-macam laaaa.........




Ada yang nak bagi advise pasal penjagaan anak -anak boleh la komen,boleh kita sharing..cos ilmu keibubapaan ni memang kena sentiasa didalami, memang tak akan habis...saya ni kekadang memang jenis tegas dengan anak, sampai kan kekadang tu anak boleh tanya, mama ni syaitan ke nak marah je....uhuhuhkkk sedih tau...!!tapi biasanya selepas marah saya akan counter balik kenapa saya marah,kenapa awak tak boleh buat macam tu, kenapa harus begini.....!!!biasa lah dalam kesabaran tu ada la jugak time-time yang kita tak boleh nak bertenang kan terutamanya dalam membesarkan anak lelaki, pada penglihatan saya la anak perempuan lebih senang untuk ditegur dan dididik dari anak lelaki, maklum la anak lelaki biasanya synonim dengan sikap agresif, aktif dan sangat tidak boleh duduk diam...



So itulah sahaja untuk kali ini, ada perkembangan baru saya akan ceritakan lagi.. in shaa allah...