Thursday 28 February 2013

Kunci Kejayaan

Hi olls,

Rasa dah lama tak menaip-naip di ruangan maya ini,hihiii..rasa cam tak ada apa la cerita yang menarik untuk berkongsi cumanya nak cakap pasal impian dan matlamat. Of course la semua orang ada impian dan matlamat hidup kan, kita kena gerakkan diri kita pada apa yang kita impikan baru lah matlamat tersebut boleh dicapai. So kalu dah nak gerak kan tu pasti perlu ada cara dan strategi right??mesti ada planning untuk  memastikan target tercapai.

Alhamdulillah join dalam bisnes ni yang drive me untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang saya impikan,so inilah misi untuk menentukan visi saya.

Langkah pertama adalah letak MATLAMAT di hadapan, mesti fokus dan plan betul2 apa cara yang perlu dilakukan. Mesti ada visi dan misi rite...!!


So kita fikir-fikirkan kembali apa matlamat yang kita dah setkan untuk tahun ini, rujuk kembali resolusi yang buat awal tahun hari tu..hehehe..mesti banyak kan, setakat bulan Feb ni apa yang dah dicapai..??or masih dalam perancangan dan usaha??saya selalu ingat kata-kata my General Manager ( 2 tahun dulu ) kini dah COO, setiap keje tu kita mesti ada time frame baru la kita boleh laksanakan apa tugas yang sepatutnya, contohnya, lepas dah buat keje,kena la follow up,pastu kena ada action, so tu semua melibatkan masa,jangan la dah buat keje tapi lepas tu tak tahu apa resultnya.Kalu tak de time frame,kita tak rasa benda tu pentingkan kan...!!jadi adakah matlamat kita tu tak penting???so baik tak payah  ada matlamat right....!!






Matlamat akan memberikan kita suatu tenaga untuk kita :

  • melakukan apa yang patut kita buat
  • bila masa yang sesuai yang patut kita buat
  • sama ada susah ke tak ke, nak ke tak nak mesti buat


Tanpa matlamat yang jelas,kita mesti tak akan jumpa misi dan visi yang betul untuk kita 'drive to success' so letak goal setting kita...




Kita hanya perlu yakin dan percaya bahawa kita sebenarnya boleh melakukannya dan boleh capai lebih dari apa yang kita ada sekarang,usaha lebih akan membuahkan hasil yang berlipat ganda. 



Agama kita sendiri menyarankan agar kita berusaha kan...so letak kan matlamat dan berusaha ke arah itu,insyaallah anda akan nikmati apa yang anda inginkan. Apa yang penting adalah mulakan usaha kita itu dari sekarang..




Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah usaha, bukannya matlamat besar atau kecil. Mereka yang berjaya sebab mereka bersungguh-sungguh, berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka imipikan.


Akhir sekali kita sebagai orang islam mestilah berdoa kepada Yang Maha Esa, Allah s.w.t. Saya juga suka nak petik ayat seorang pendakwah bebas, tak ingat dah sape namanya, tapi dia cakap,kita jangan putus doa kepada Allah s.w.t.. mungkin Allah nak kita berdoa pada dia untuk 100 kali tapi kita, manusia ni, doa baru 3kali dah berputus harap. so teruskan berdoa, insyaallah Tuhan tu tak aniaya umatnya dan Dia lebih tahu apa yang kita perlukan.



So saya rasa itulah sahajalah kunci sesuatu kejayaan. Kawan-kawan apa tunggu lagi,letak matlamat kita dihadapan dan visualise  apa yang kita inginkan insyaallah akan tercapai. Mulakan tindakan anda..!!!buat perubahan dan lakukan sesuatu itu dengan isitiqamah. waallahualam..
















No comments:

Post a Comment